Pernahkah anda merasa cemburu melihat rakan wanita anda mudah mendapat perhatian dari orang di sekelilingnya walau di mana dia berada? Seakan-akan ada ‘aura’ yang kuat yang menarik minat orang lain terhadapnya. Di mana saja dia berada orang cepat mesra dan mudah bergaul dengannya kerana karisma yang dimilikinya. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi 3 tips supaya anda tampil berkarisma terutama di hadapan mata si dia !

1) Yakin pada diri

Percaya pada diri sendiri dan berani mengambil risiko demi mencapai kejayaan. Anda harus berfikiran positif sentiasa dan tidak mudah goyah dengan cakap-cakap orang yang takut mencuba dan takut pada kegagalan. Kejayaan adalah hak milik orang yang sering gagal kerana mereka sentiasa belajar dari kegagalan tersebut dan berusaha memperbaiki kelemahan diri.

2) Mahir berkomunikasi

Semua orang pandai bercakap, namun tidak ramai yang mahir berkomunikasi dengan bijak. Orang yang pandai berkomunikasi yakin dan bersemangat ketika berbicara, seorang pendengar yang baik dan sedia menerima pendapat orang lain dengan penuh karisma. Mereka juga memiliki ‘sense of humor’ yang semulajadi.

3) Gaya tersendiri

Serlahkan identiti anda yang tersendiri antaranya melalui cara anda berjalan, bergaul, bercakap dan membawa diri. Cara pembawakan diri anda yang semulajadi dan mampu menarik perhatian orang di sekeliling anda memperlihatkan ‘aura’ anda yang tersendiri. Cari gaya dan penampilan yang sesuai dan selesa buat anda lalu tonjolkan diri anda yang sebenar. Apabila anda berasa yakin dengan penampilan anda, maka karisma anda akan terserlah dengan sendirinya.

Apa perasaan anda sekarang? Teruja untuk mencuba tips-tips di atas? Syabas saya ucapkan. Akan tetapi, ada satu perkara penting yang perlu anda praktikkan terlebih dahulu sebelum mencuba tips di atas. Adakah anda mampu berkomunikasi dengan baik, yakin pada diri sendiri dan dapat menyerlahkan gaya tersendiri jika anda tidak ceria? Ada 10 cara berkesan yang perlu anda tahu untuk tampil ceria sentiasa. Bagi mendapatkan tips penuh yang lebih berkesan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook Rahsia Hati ya!

Related Posts by Categories



0 komentar